Sunday, 4 September 2016

PEREMPUAN BANGUN LAMBAT TIDAK SESUAI DIJADIKAN ISTERI ? BODOH !

by

"Perempuan bangun lambat tak sesuai dijadikan isteri"

Selalu dengar lelaki berkata demikian. Dengar seperti logik, tetapi sebenarnya tidak. Ini kerana tidak wajar kita melihat pada satu sisi dan jangan hanya kerana 'masalah' itu, perhubungan terus ditamatkan begitu sahaja. Bagaikan si dia tidak boleh dididik untuk bangun lebih awal.

Siapa tahu, mungkin si dia mempunyai tugasan penting sehingga lewat malam semata-mata menuruti arahan majikannya? Si lelaki pula dengan egonya menuduh tanpa bertanya. Baca bebelan logik dari Luqman San di bawah:

Dia ada ibu dan bapa. Namun ibu bapanya tidak pernah pula berkata yang dia tidak layak menjadi anak mereka. Malah, mereka membimbing dia agar menjadi orang yang berguna, setiap hari.

Anda? Anda hanya melihat sebahagian dari dirinya tetapi sudah membuat keputusan untuk menolak dia. Sedangkan ibu bapanya melihat beribu-riban perangai anak mereka itu. Tetapi masih jua tetap memilih untuk menyayangi dan membimbing dia.

Jika anda fikir bahawa perempuan bangun lambat tidak sesuai dijadikan sebagai isteri, ketahuilah bahawa anda sebenarnya belum bersedia untuk berkahwin dengan mana-mana perempuan pun.

Kesempurnaan itu datang apabila anda membimbing dan memimpin mereka. Bukannya duduk menunggu sahaja. Bodoh!

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Wanita Curang Di Malaysia Berada di Senarai No.3 Di Dunia

by



Tahukah anda bahawa wanita curang di Malaysia berada dalam senarai diatas iaitu nombor 3 antara negara-negara diseluruh dunia? Apa yang menyebabkan wanita berlaku curang? Adakah semuanya mereka ataupun sebab-sebab yang lain? Dulu bukan main sayang, tetapi sekarang ini tidak lagi malah mungkin ada yang tidak sanggup untuk melihat wajah pasangan masing-masing disebabkan sebab-sebab tertentu yang mungkin hanya difahami oleh mereka sendiri. Disini, kami senaraikan beberapa sebab dan punca utama wanita curang untuk pengetahuan anda.

Membalas dendam

Kaum wanita sebenarnya memang susah untuk melupakan perbuatan yang menyebabkan mereka rasa dikhianati dan disakiti. Mereka kuat memendam perasaan mereka dan walaupun di mulut mereka mengatakan mereka sudah memaafkan, tetapi hakikatnya mereka sukar untuk melupakan perbuatan lelaki / suami mereka yang menyakitkan hati mereka seperti berlaku curang di belakang mereka. Oleh itu, jika dibiarkan maka akan timbul niat di hati mereka untuk membalas balik.

Rasa cinta sudah hilang

Mungkin dulu terpikat disebabkan perasaan cinta yang mendalam terhadap pasangan. Tetapi, lama-kelamaan perasaan itu mulai hilang lebih-lebih lagi jika pasangan sudah tidak memberikan layanan dan kemesraan seperti dulu lagi.


Masalah kewangan

Apabila rumah tangga ditimpa masalah kewangan dan sukar untuk diselesaikan, perhubungan antara suami dan isteri mungkin akan menjadi goyah disebabkan tekanan perasaan yang dialami satu sama lain. Lama-kelamaan, komunikasi antara kedua-dua pihak akan menjadi masalah dan boleh menyebabkan pergaduhan.

Terlalu sibuk

Kaum suami yang terlalu sibuk dengan kerja atau urusan luar yang lain juga boleh menyebabkan si isteri berasa terabai dan tidak diperdulikan. Oleh itu, kemungkinan mereka akan cuba untuk bersosial dengan kawan-kawan termasuk juga lelaki lain untuk menghilangkan kesunyian.

Ego dan pentingkan diri sendiri

Pasangan yang sudah berkahwin harus menghilangkan rasa ego masing-masing dan cuba untuk lebih memahami perasaan pasangan. Jangan asyik nak pasangan kita mengikut sahaja apa yang kita mahu, sesekali kita juga kena mengalah dan bertolak ansur demi kebahagianan rumah tangga kita.
Hilang persefahaman dan kemesraan

Apabila persefahaman dengan pasangan semakin hambar, maka hal-hal yang kecil pun boleh mengakibatkan pergaduhan besar. Jika sering bergaduh, tidak mustahil perasaan cinta dan sayang akan semakin pudar dan lebih teruk lagi menyebabkan timbul niat untuk wanita curangdan mencari yang lain.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Rupa atau Poket? Yang Mana Satu Lebih Power Bagi Memikat Wanita?

by



Bagi kaum adam, kebiasaanya mesti nak tengok rupa dulu. Tak boleh disangkal. Tapi bagi perempuan, adakah sama? Apa yang dilihat oleh kaum perempuan masa kini, rupa atau wallet? atau kacak?

Di sini kami senaraikan tiga perkara utama yang menarik minat wanita terlebih dahulu.

3. Rupa paras

Percaya atau tidak, paras rupa bukanlah berada di carta pertama. Jangan tanya rupa macam mana yang mereka anggap kacak dan menarik kerana setiap orang ada citarasa masing-masing. Lebih baik kalau pembaca perempuan di sini yang berikan contoh rupa lelaki yang mereka anggap kacak. Lagi senang.


2. Pekerjaan

Kalau kriteria kedua dah lepas tapi pekerjaan tak seberapa, memang tak jadi menarik pada mata mereka. Rasionalnya, zaman sekarang ni semua dah mahal. Tengok jelah harga rumah yang semakin meningkat, susah nak apply loan kereta dan macam-macam lagi kos yang tinggi sekarang. Jadi nak tak nak perempuan kena melihat kepada kerjaya lelaki dahulu sebelum melihat pada rupanya.Biasanya lelaki yang mempunyai kerjaya sebagai seorang profesional dan berkelayakan tinggi menjadi pilihan, bukan sahaja pilihan gadis, malah pilihan ibu bapanya untuk dibuat menantu.

1. Umur

Katakan kalau tengok rupa dahulu dan nampak matang tapi umur baru di awal 20-an, macam mana? Kebanyakan perempuan memang tak sanggup bersama lelaki yang lebih muda, lebih-lebih lagi kalau jarak umur tu sangat besar (kalau setahun masih boleh diterima).Terlalu tua pun tak boleh tapi ada sesetengah tak kisah sangat kalau dapat lelaki tua. yang ni sebab duit dan lelaki tu boleh bagi kebahgian.

Perempuan tak pandang pada rupa paras sebagai kriteria utama untuk memilih pasangan mereka. Jadi janganlah pelik kalau nampak lelaki tak kacak bersama perempuan cantik. Pada mereka, rupa yang kacak itu hanyalah bonus dan bukan keperluan.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Perempuan Lebih Sukakan Lelaki Yang Kelakar Berbanding Lelaki Kacak

by



Bolehkah anda memikat hati wanita dengan menjadi kelakar?

Saya mulanya memang tidak percaya pun pada teori ni. Tetapi selepas mendengar cerita dari rakan-rakan saya sendiri yang pernah ditinggalkan oleh perempuan lain kerana mereka tidak kelakar, seperti mengesahkan pula teori ini.

Perkara ini juga disahkan oleh kaji selidik yang dijalankan oleh Men’s Health terhadap 1,000 orang wanita Amerika yang berumur dari 21 hingga 54 tahun. Hasil kaji selidik yang dibuat mendapati seramai 77% orang wanita sukakan pada lelaki yang kelakar. Dan jika anda tanya rakan-rakan anda yang perempuan pun, mereka akan memilih calon suami yang boleh buatkan mereka ketawa.

Tetapi, kenapa perempuan sukakan pada lelaki yang kelakar?

Pada lumrahnya, orang perempuan memang suka ketawa. Ini adalah salah satu tips yang perlu anda tahu. Mereka kalau boleh memang tidak mahupun berasa sedih atau kecewa. Mereka inginkan hidup mereka happy sentiasa. Kalau mereka dalam bad mood pun, mereka mengharapkan anda akan dapat buatkan mereka rasa happy, gelak ketawa sampai pecah perut, sampai mereka terlupa yang mereka sebenarnya tengah bad mood.

Lelaki yang kelakar juga adalah lelaki yang confident! Orang perempuan kalau nak pilih lelaki, mereka akan cari lelaki yang confident. Lelaki yang confident ni dapat buatkan mereka rasa selesa dan selamat apabila bersama. Sebab lelaki yang jenis macam inilah yang dapat mereka bergantung berharap disaat mereka memerlukan.

Pernah tengok lelaki yang kelakar bergaduh? Jarang sekali bukan? Saya sendiri pun belum pernah lagi tengok lelaki yang pandai buat lawak ni bergaduh bertumbuk dengan orang lain. Lagi pun orang perempuan memang tidak suka pada lelaki yang kasar dan suka cari gaduh. Bagi mereka, lelaki yang suka cari pasal ni adalah lelaki yang tidak cool. Ia berbeza sekali dengan lelaki yang kelakar yang lebih nampak rilek, dan tenang je. Tiba-tiba je dia buat lawak, dan terus semua orang ketawa.
Macam mana nak buat kelakar?

Nak buat kelakar ni bukanlah mudah. Anda perlukan masa dan usaha yang sangat banyak. Bukan dengan buat lawak sekali dua je dah boleh kategorikan anda sebagai lelaki yang kelakar. Sebab setiap perempuan ini unik.

Mungkin lawak yang anda buat pada Perempuan A boleh buatkan si dia ketawa. Tetapi bila anda buat lawak yang sama pada Perempuan B pula, tak ketawa pula dia. Even pelawak terkenal macam Nabil Ahmad pun kadang -kadang buat lawak yang orang tidak ketawa. (Maaf ya kalau anda adalah peminat Nabil) Lagi teruk kalau orang ketawa sebab kesian.

Kalau anda ingin buat kelakar, anda mesti yakin pada diri anda sendiri. Bila anda buat kelakar tu, cuba anda yakinkan diri yang lawak anda itu memang kelakar. Anda kena yakin yang lawak anda buat tu dapat buatkan si dia ketawa berdekah-dekah.

Untuk anda yakin pada diri ada macam-macam cara. Contohnya anda boleh ubah penampilan diri dan gaya anda untuk lebih nampak macho, cool, dan kacak. Bila anda rasa diri anda hebat, secara automatik anda akan rasa lebih yakin dalam diri. Kemudian bila anda sudah yakin, anda akan dapat buat lawak yang dapat buatkan si dia ketawa.

Dan kalau anda ingin belajar cara buat kelakar, anda juga perlu bergaul dengan orang yang pandai buat kelakar. Lagi banyak lawak yang anda belajar, lagi mudah untuk anda buat lawak nanti. Mungkin anda boleh ambil idea dari kawan-kawan anda yang pandai buat kelakar.

Ataupun anda juga boleh tengok video-video kelakar di Youtube. Carilah video lawak yang banyak dapat Like! atau bilangan ‘Views’ dia tinggi. Sebab kalau bilangan Like! atau ‘Views’ dia banyak, maksudnya video itu memang kelakar sebab dapat menarik banyak perhatian orang untuk menontonnya.

Salah satu tagline kelakar yang saya suka adalah tagline dari Ajak kumpulan Shiro Raja Lawak, “Kau ingat kelakar?!” Bila rakan saya cuba buat kelakar, tetapi tak jadi, saya bagi tagline tu. Terus benda yang tak kelakar, menjadi kelakar.
Kelakar, kelakar juga…

Tetapi anda kena ingat. Bila anda ingin buat lawak dekat si dia nanti, jangan pula anda buat lawak yang tak senonoh. Kadang-kadang orang lelaki ni suka buat lawak berbaur lucah. Orang perempuan tak suka lelaki yang buat lawak-lawak lucah ni. Walaupun memang ada je perempuan yang tak kisah, tetapi kebanyakan mereka akan rasa sedikit kurang selesa bila anda buat lawak lucah.

Dan lagi satu jangan buat lawak yang mengenakan si dia. Lagi-lagi kalau lawak itu memalukan. Memang sah-sahlah dia tak suka. Daripada elok-elok anda dapat pikat hati dia, terus anda kena reject on the spot. Tak pasal-pasal kena banned.

Nak pikat hati wanita ini memang sukar. Lagi-lagi bila anda ingin pikat dengan menjadi kelakar. Tetapi tidak bermaksud anda tidak akan berjaya. Apa yang penting, anda kena banyakkan praktis dan praktis. Kalau buat sekali dua tidak menjadi, anda buat lagi lawak yang lain pula.

Tetapi kalau still tak jalan, cuba buat dekat gadis yang lain. Mungkin gadis yang anda cuba trytadi jenis yang minoriti yang tidak sukakan lelaki yang kelakar.

Walau apapun saya ucapkan semoga berjaya la ye. Semoga anda berjaya memikat gadis dengan menggunakan tips kelakar ini.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

10 Jenis Kekejaman Perempuan Terhadap Lelaki

by



Berikut adalah 10 perkara yang menjadikn seseorang lelaki mangsa kekejaman seorang makhluk tuhan yang bergelar perempuan.

1. Nombor telefon

Katakan anda adalah seorang lelaki dan telah berhempas pulas untuk menarik perhatian gadis idaman anda sekaligus untukmendapatkan nombor telefon si dia. Ya, akhirnya dia kelihatan tertarik kepada anda dan memberikan nombor telefonnya kepada anda. Tetapi, bukanlah nombor telefon dia, sebaliknya nombor telefon jiran sebelah dia.

2. Kedai percuma

Berhati-hati apabila anda mempunyai kawan perempuan berkategori ‘hottie’ kerana kebiasaanya apbila si dia malas untuk keluarkan duit atau ingin rasa dihargai, dia akan mula mengambil handphone dan mencari mangsanya untuk diajak keluar. Kemudian apabia bersama ‘mangsanya’ di luar, dia akan mula menunjukkan perangai manja dan gediknya semata-mata untuk mendapatkan semuanya secara percuma.

3. Parasit

Perempuan jenis parasite ini adlh seseorang yg merasakan diriya tak blh hidup tnpa berpasangan dgn lelaki. Selagi masih blm jumpa lelaki baru, dia akn terus menghisap segala² drp anda. Apabila si dia jumpa lelaki yg lbh ‘baik’, dia akn tinggalkan perhubungan yg sedia ada & mula hinggap ke mangsa yg baru. Segala kata² adlh murahan semata².

4. Ratu putar emosi

Menangis dan berendam dengan air mata. Sedingin mana pun lelaki terhadap perempuan, tapi apabila perempuan mula menangis, lelaki akan mula berasa gelabah dan mencari jalan untuk membuatkan perempuan yang disayanginya berhenti menangis.

5. Fizikal

Kadangkala susah juga kalau perempuan ini terlebih pandai. Perempuan akan sesenang hati pukul, debik, dan belasah lelaki tapi apabila lelaki itu mula angkat tangan, mulalah kata ayat biasa dia.
“Lelaki tak elok pukul pompuan taw…Dayus…”

6. Kritik

Perempuan tahu malu kalau dikritik di khalayak umum tapi perempuan tidak sedar kadangkala percakapan dan pebuatan mereka secara tidak sengajanya telah mengkritik lelaki di khalayak ramai dan lebih tidak berhari perut lagi sehinggakan ianya dapat menjatuhkan maruah dan ego seorang lelaki.

7. Availability

Anda sebagai seorang lelaki terlalu sayangkan kekasih anda tapi si dia seolah-olah menganggap dirinya masih available dgn menjadi tumpuan lelaki dan membenarkaan dirinya bermain cinta dengan lelaki lain kerana baginya ianya bukanlah suatu kesalahan namun sebaliknya ianya suatu kepuasan.

8. Tak dapat
Seks umpama nyawa kepada lelaki. Namun apbila seorang suami mengajak isterinya untuk bersama dan isterinya menolak tanpa alasan yang tak munasabah, itu sesuatu yg memang kejam. Terseksa jiwa dan raga akibat memendam rasa kerana tidak dapat malam tadi.

9. Kawan vs awek


Si dia tahu anda akan keluar untuk menonton perlawanan bola sepak final ‘Liga Juara-Juara’ bersama kawan-kawan, tapi dia dengan selambanya telefon anda untuk datang berjumpa dengannya, kalau tidak, dia akan minta untuk memutuskan perhubungan.

10. Mengurat

Kalau lelaki lain mengurat kekasih atau gadis idaman anda mungkin masih boleh ditumbuk-tumbuk lelaki tersebut. Tetapi perempuan memang betul-betul kejam sekiranya dia tahu anda cinta dan sayangkan anda tapi sengaja mengurat lelaki lain dihadapan anda dengan cara layanan yang anda sendiri tidak pernah rasai.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Korek Sampai Dapat Dan 10 ‘Warning Sign’ Tentang Perempuan Yang Selalu Lelaki Salah Faham

by


1. Jangan gatal

Sekiranya si dia berpesan kepada anda supaya jangan gatal, itu bermakna yang si dia benar-benar bermaksud sedemikian dan berharap supaya anda kekal setia bersama si dia.


2. Korek sampai dapat

Orang perempuan ini bila mereka sudah excited untuk mengetahui tentang sesuatu, mereka akan ‘korek’ sampai dapat eksited nak tau something. Jadi gais, berhati-hatilah bila anda mempunyai perancangan untuk menipu si dia.


3. Tak nak

Salah satu masalah orang perempuan ni ialah tak nak berterus terang. Sakit hati pun dia pendam!


4. Penyabar bak malaikat

Gais, sekiranya ada perempuan yang sanggup tahan dengan sikap panas baran dan ego anda dan selalu mengalah dengan anda, percayalah yang perempuan itu benar-benar mencintai anda. Hargai si dia dan ajaklah si dia untuk mendirikan rumah tangga bersama-sama.


5. Shoulder to cry on

Apabila perempuan sudahh mula untuk menceritakan masalah dia kepada lelaki, ini bermakna lelaki itu sudah mendapat kepercayaan si dia. Tahniah!


6. Mood swings

Mood perempuan ni banyak musim. Harap gais bertabah dan banyak bersabarlah.


7. Sixth sense

Perempuan ini seseolah mempunyai deria yang ke-enam kerana mereka akan dapat tahu sekiranya lelaki yang disayanginya cuba menipu dirinya.


8. Bila dah membebel

Bila perempuan membebel, better diam je. Diam tanda kita mendengar. Sebab itu mungkin cara dia untuk meluahkan perasaan yang terpendam. Bila dah lega, dia sendiri akan datang minta maaf.


9. Bendera merah

Gais, kalau korang tak boleh tahan perangai perempuan masa dia datang bulan, baik korang tinggalkan si dia sahaja sebab, kalau tempoh tujuh hari pun korang tak boleh tahan, inikan pula masa dia mengandung 9 bulan nanti.


10. Chu chu train

Perempuan ni kalau bercakap tidak berhenti, kau cium je pipi dia sekali. Senyap la dia. Tapi pastikan kahwin dulu tau.


MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...