Showing posts with label MASKULIN. Show all posts
Showing posts with label MASKULIN. Show all posts

Sunday, 4 September 2016

Perempuan Lebih Sukakan Lelaki Yang Kelakar Berbanding Lelaki Kacak

by



Bolehkah anda memikat hati wanita dengan menjadi kelakar?

Saya mulanya memang tidak percaya pun pada teori ni. Tetapi selepas mendengar cerita dari rakan-rakan saya sendiri yang pernah ditinggalkan oleh perempuan lain kerana mereka tidak kelakar, seperti mengesahkan pula teori ini.

Perkara ini juga disahkan oleh kaji selidik yang dijalankan oleh Men’s Health terhadap 1,000 orang wanita Amerika yang berumur dari 21 hingga 54 tahun. Hasil kaji selidik yang dibuat mendapati seramai 77% orang wanita sukakan pada lelaki yang kelakar. Dan jika anda tanya rakan-rakan anda yang perempuan pun, mereka akan memilih calon suami yang boleh buatkan mereka ketawa.

Tetapi, kenapa perempuan sukakan pada lelaki yang kelakar?

Pada lumrahnya, orang perempuan memang suka ketawa. Ini adalah salah satu tips yang perlu anda tahu. Mereka kalau boleh memang tidak mahupun berasa sedih atau kecewa. Mereka inginkan hidup mereka happy sentiasa. Kalau mereka dalam bad mood pun, mereka mengharapkan anda akan dapat buatkan mereka rasa happy, gelak ketawa sampai pecah perut, sampai mereka terlupa yang mereka sebenarnya tengah bad mood.

Lelaki yang kelakar juga adalah lelaki yang confident! Orang perempuan kalau nak pilih lelaki, mereka akan cari lelaki yang confident. Lelaki yang confident ni dapat buatkan mereka rasa selesa dan selamat apabila bersama. Sebab lelaki yang jenis macam inilah yang dapat mereka bergantung berharap disaat mereka memerlukan.

Pernah tengok lelaki yang kelakar bergaduh? Jarang sekali bukan? Saya sendiri pun belum pernah lagi tengok lelaki yang pandai buat lawak ni bergaduh bertumbuk dengan orang lain. Lagi pun orang perempuan memang tidak suka pada lelaki yang kasar dan suka cari gaduh. Bagi mereka, lelaki yang suka cari pasal ni adalah lelaki yang tidak cool. Ia berbeza sekali dengan lelaki yang kelakar yang lebih nampak rilek, dan tenang je. Tiba-tiba je dia buat lawak, dan terus semua orang ketawa.
Macam mana nak buat kelakar?

Nak buat kelakar ni bukanlah mudah. Anda perlukan masa dan usaha yang sangat banyak. Bukan dengan buat lawak sekali dua je dah boleh kategorikan anda sebagai lelaki yang kelakar. Sebab setiap perempuan ini unik.

Mungkin lawak yang anda buat pada Perempuan A boleh buatkan si dia ketawa. Tetapi bila anda buat lawak yang sama pada Perempuan B pula, tak ketawa pula dia. Even pelawak terkenal macam Nabil Ahmad pun kadang -kadang buat lawak yang orang tidak ketawa. (Maaf ya kalau anda adalah peminat Nabil) Lagi teruk kalau orang ketawa sebab kesian.

Kalau anda ingin buat kelakar, anda mesti yakin pada diri anda sendiri. Bila anda buat kelakar tu, cuba anda yakinkan diri yang lawak anda itu memang kelakar. Anda kena yakin yang lawak anda buat tu dapat buatkan si dia ketawa berdekah-dekah.

Untuk anda yakin pada diri ada macam-macam cara. Contohnya anda boleh ubah penampilan diri dan gaya anda untuk lebih nampak macho, cool, dan kacak. Bila anda rasa diri anda hebat, secara automatik anda akan rasa lebih yakin dalam diri. Kemudian bila anda sudah yakin, anda akan dapat buat lawak yang dapat buatkan si dia ketawa.

Dan kalau anda ingin belajar cara buat kelakar, anda juga perlu bergaul dengan orang yang pandai buat kelakar. Lagi banyak lawak yang anda belajar, lagi mudah untuk anda buat lawak nanti. Mungkin anda boleh ambil idea dari kawan-kawan anda yang pandai buat kelakar.

Ataupun anda juga boleh tengok video-video kelakar di Youtube. Carilah video lawak yang banyak dapat Like! atau bilangan ‘Views’ dia tinggi. Sebab kalau bilangan Like! atau ‘Views’ dia banyak, maksudnya video itu memang kelakar sebab dapat menarik banyak perhatian orang untuk menontonnya.

Salah satu tagline kelakar yang saya suka adalah tagline dari Ajak kumpulan Shiro Raja Lawak, “Kau ingat kelakar?!” Bila rakan saya cuba buat kelakar, tetapi tak jadi, saya bagi tagline tu. Terus benda yang tak kelakar, menjadi kelakar.
Kelakar, kelakar juga…

Tetapi anda kena ingat. Bila anda ingin buat lawak dekat si dia nanti, jangan pula anda buat lawak yang tak senonoh. Kadang-kadang orang lelaki ni suka buat lawak berbaur lucah. Orang perempuan tak suka lelaki yang buat lawak-lawak lucah ni. Walaupun memang ada je perempuan yang tak kisah, tetapi kebanyakan mereka akan rasa sedikit kurang selesa bila anda buat lawak lucah.

Dan lagi satu jangan buat lawak yang mengenakan si dia. Lagi-lagi kalau lawak itu memalukan. Memang sah-sahlah dia tak suka. Daripada elok-elok anda dapat pikat hati dia, terus anda kena reject on the spot. Tak pasal-pasal kena banned.

Nak pikat hati wanita ini memang sukar. Lagi-lagi bila anda ingin pikat dengan menjadi kelakar. Tetapi tidak bermaksud anda tidak akan berjaya. Apa yang penting, anda kena banyakkan praktis dan praktis. Kalau buat sekali dua tidak menjadi, anda buat lagi lawak yang lain pula.

Tetapi kalau still tak jalan, cuba buat dekat gadis yang lain. Mungkin gadis yang anda cuba trytadi jenis yang minoriti yang tidak sukakan lelaki yang kelakar.

Walau apapun saya ucapkan semoga berjaya la ye. Semoga anda berjaya memikat gadis dengan menggunakan tips kelakar ini.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Thursday, 25 August 2016

5 Bahagian Pada Tubuh Lelaki Yang Sering Menjadi Perhatian Wanita

by

Wanita suka lelaki yang bersih dan wangi. Maka soalan tentang perlukah kaum lelaki melakukan grooming adalah sudah tidak relevan. Ia memang perlu. Sebagai lelaki yang mahu sentiasa mendapat tempat di hati wanita, kebersihan dan kekemasan perlu diutamakan. Mungkin anda tak perasan, tetapi wanita bukan sekadar melihat penampilan anda secara keseluruhan, mereka sangat teliti sehinggakan bahagian-bahagian ini juga mereka perasan.

1. Bulu hidung


Perkara asas ini sering diabaikan oleh kaum lelaki. Kadangkala sampaikan bulu hidung terkeluar pun tidak perasan. Hari ini, sudah banyak syarikat kecantikan mengeluarkan peralatan berbentuk pengetip pelbagai guna. Percayalah bahawa alat ini memang berguna tanpa ramai yang menyedari. Buanglah bulu hidung yang sudah terjulur itu.

2. Kening


Bulu kening bersepah boleh buat anda kelihatan serabut. Bukan bertujuan untuk membentuk tetapi mengemas bulu-bulu kening yang tumbuh berselerak. Mengamalkan menyikat bulu kening setiap hari mampu membantu bulu kening kemas dan tersusun.

3. Bulu-bulu halus sekitar telinga dan tengkuk


Jika anda mengunjungi kedai gunting rambut atau salon, jangan lupa minta tukang gunting rambut membersihkan bulu-bulu halus yang terdapat pada telinga dan tengkuk anda. Kita tidak mahu kelihatan seperti beruang berbulu.

4. Kuku tangan dan kaki


Jangan biarkan kuku anda panjang dan kotor kerana ia menampakkan personaliti anda. Sesekali tidak salah kunjungi pusat penjagaan jari dan kuku untuk membantu kuku anda tumbuh dengan sihat dan berkilat. Hanya mereka yang pakar merawat kuku rosak atau patah.

5. Gigi


Tidak kisahlah jika anda mempunyai gigi yang tidak rata dan kurang putih. Kebersihan gigi bukan sekadar memberus tetapi perlu flos untuk menanggalkan plak-plak dan makanan yang melekat di celah gigi.
Sumber : Maskulin

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

5 Kelebihan Lelaki Berusia

by

Bagi wanita memilih untuk berada di samping lelaki yang lebih dewasa, tua dan berpengalaman merupakan momen yang menyenangkan.  Kajian mendapati lelaki berusia merupakan lelaki yang sempurna dan memiliki banyak keistimewaan. Faktor berikut menjadi sebab mengapa lelaki berusia merupakan sahabat juga pasangan terbaik buat wanita.

1. Sabar

Ramai yang mengatakan jika lelaki yang lebih tua dari pasangannya adalah lelaki  yang penyabar. Sedar atau tidak, lelaki yang matang memiliki peribadi yang lebih tenang, lebih sabar dan lebih menghargai orang-orang di sekitarnya. Mereka juga  akan berusaha mengalah demi kebaikan diri mahupun kebaikan pasangan.

2. Seksi

Wanita melihat lelaki yang lebih berusia itu sebagai seorang yang seksi dan menawan. Selain memiliki fizikal yang gagah, lelaki yang berusia matang antara 27 hingga 35 ialah lelaki yang jelas akan tujuan hidupnya, punya pekerjaan yang menjamin serta stabil kewangannya.

3. Belajar Dari Kesalahan

Faktor usia yang sudah matang , lelaki ini mampu melakukan hal-hal terbaik untuk dirinya sendiri ataupun orang lain. Ia juga telah banyak belajar dari kesalahannya di masa muda sehingga dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Lebih berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu.

4. Hormat

Lelaki yang berusia matang ialah lelaki yang sentiasa memperlakukan pasangannya atau orang-orang di sekitarnya dengan penuh rasa hormat. Lelaki ini akan berusaha menunjukkan sikap terbaik pasangan kepada rakan kerja, teman juga keluarga. Selain menunjukkan rasa hormat, dia juga sentiasa menjadi pendamping yang menyenangkan, menyayangi dengan penuh kasih dan berlaku dewasa.

5. Tegas Dan Disiplin

Tegas dan disiplin merupakan sifat bawaan dari setiap lelaki yang sudah matang. Tidak suka pada suatu yang remeh,  selesa dengan dirinya sendiri dan sentiasa berusaha membuatkan orang yang disayangi merasa selesa dan dihargai.
Tidak semua lelaki yang lebih berusia daripada anda adalah yang terbaik dan bersifat dewasa daripada anda. Ramai juga lelaki berusia muda telah memiliki pemikiran yang dewasa dan matang. Hal ini bergantung bagaimana corak pemikiran serta pengaruh persekitaran terhadap dirinya.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...