Showing posts with label SELEBRITI. Show all posts
Showing posts with label SELEBRITI. Show all posts

Sunday, 4 September 2016

Gambar Aksi Safiey Ilias Berhibur Di Kelab Malam, Bertopengkan Kaabah Di Wajahnya Pasti MENGEJUTKAN Ramai !

by

Siapa tak kenal dengan Safie Illias. Khabarnya penghijrahannya di buat adalah rekaan semata-mata.. Orang yang berkerjaya jual produk muka ini memerlukan tapak popular di Malaysia. Dan di akui sendiri oleh mereka-mereka pernah nampak Safie Ilias berhibur di kelab malam Pakai Baju perempuan..





MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Batal kahwin dengan Fara Fauzana, Hafiz buka mulut Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189717

by



KUALA LUMPUR: Pemuda yang sepatutnya berkahwin dengan Fara Fauzana pada 17 September ini, Mohamed Hafiz, akan membuat kenyataan berhubung pembatalan perkahwinannya dengan personaliti radio dan televisyen itu dalam masa terdekat.

 Hafiz ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan media yang dikeluarkan Fara petang tadi.

 "Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya," katanya. 

Dalam pada itu, Hafiz berkata, selama ini beliau tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi. 

Sebelum ini, identiti lelaki terbabit menjadi persoalan apabila Fara hanya memperkenalkannya dengan nama Hafiz, tanpa memberikan maklumat lanjut mengenai dirinya. 

Ia juga kenyataan pertama daripada pemuda itu, sejak Fara mengadakan sidang akhbar mengenai perancangan perkahwinan dirinya pada 1 Ogos lalu. 

Sebentar tadi, Fara atau nama penuhnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, memaklumkan perkahwinan beliau dengan jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.

 Menerusi kenyataan media yang dikirimkan kepada BH Online, Fara berkata, keputusan itu dibuat atas beberapa sebab peribadi yang sukar untuk dikongsikan dengan umum. 

Tambah Fara, keputusan itu juga dibuat selepas memikirkan perkara itu sebaik-baiknya, selain membincangkan hal berkenaan bersama kedua-dua orang tuanya.


MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Fara Fauzana batal pernikahan??Biar betul???

by


KUALA LUMPUR: Peminat mendoakan agar personaliti radio dan televisyen Fara Fauzana tabah menghadapi dugaan pembatalan rancangan perkahwinannya pada 17 September ini. 

Rata-ratanya memberikan komen meminta wanita terbabit bersikap lebih positif dengan menganggap belum sampai rezekinya untuk mendirikan rumah tangga seperti diharapkan. 

"Sabar saja adik Fara. Mungkin ada hikmah di sebaliknya yang kita tidak tahu. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Semoga adik tabah melalui dugaan ini," tulis Sairah Ismail di laman Facebook BH. 

Dalam pada itu, seorang netizen dikenali sebagai Jimah Gebash Gebush pula memberikan pandangan agar perancangan perkahwinannya pada masa datang tidak perlu digembar-gemburkan seperti dilakukannya sebelum ini. 

"Tak apalah Fara, ...selepas ini nak kahwin, senyap-senyap saja. Tidak perlu buat sidang media. Biasanya waktu seperti ini banyak dugaan, Reda ya Fara," katanya. 

Sebentar tadi, Fara atau nama penuhnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, memaklumkan rancangan perkahwinan beliau dengan jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.

 Menerusi kenyataan media yang dikirimkan kepada BH Online sebentar tadi, Fara berkata, keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat atas sebab-sebab peribadi yang sukar untuk dikongsikan dengan umum.

 Tambah Fara, keputusan itu juga dibuat selepas memikirkan perkara itu sebaik-baiknya, selain membincangkan hal berkenaan bersama kedua-dua orang tuanya. 

Sementara itu, kebanyakan daripada peminat lelaki pula memberi komen yang lebih bersifat terbuka, apabila pembatalan perkahwinan itu kononnya memberi peluang kepada golongan Adam di luar sana untuk mencuba nasib mendekati Fara.

 "Fara jangan risau. Allah sudah tentukan orang yang baik akan mendapat pasangan yang baik. Saya yakin ramai lelaki baik di luar dan salah seorang daripada mereka bakal singgah di hati awak.
 "Sekurang-kurangnya lelaki yang meminati awak masih lagi mempunyai peluang untuk mencuba nasib," kata Muhd Haikel. 

Pada 1 Ogos lalu, Fara mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang bersama ahli perniagaan dikenali dengan nama Hafiz pada 17 September 2016. 

Bekas penyampai Hot FM itu juga pada majlis sama berkata, pernikahan mereka akan dilangsungkan di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara, di sini. 

Mengenai perkenalan bersama Hafiz, wanita itu berkata, mereka sudah saling mengenali sejak lebih dua tahun lalu. 

Bagaimanapun Fara enggan mendedahkan identiti lelaki berkenaan.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Tuesday, 30 August 2016

RESPON DATO RED DIFITNAH CERAIKAN ADIRA

by
Hangat dilaman forum tempatan iaitu Forum CARI dimana ada pihak yang mengatakan Dato Red telah menceraikan Adira untuk berkahwin dengan Ruhainies.

Ia mencentuskan pelbagai persoalan kerana Adira ketika ini sedang hamil anak pertama mereka.

Namun, Dato Red menerusi portal mStar Online menafikan gosip berkenaan dan menjelaskan beliau tidak akan menceraikan isteri-isterinya semata-mata untuk berkahwin lagi.

"Lawak betul, saya sayangkan Adira dan dia pun sedang mengandungkan anak saya, macam mana gosip keluar kami bercerai pula, sibuk betul orang bercakap tentang saya ya. Saya tidak akan buang isteri-isteri saya, tapi kalau tambah saya mahulah."

Berbicara mengenai kehamilan Adira, Dato Red memberitahu isterinya itu mengalami alahan yang agak teruk tetapi Adira tetap berdegil dan masih aktif dengan kerjayannya.

"Dia sihat dan sekarang masih muntah-muntah. Saya suruh dia berehat tapi dia degil, sekarang sibuk dengan persiapan untuk persembahan di Festival Filem Malaysia 28 tidak lama lagi."

Kami percaya gosip Dato Red telah menceraikan Adira timbul selepas ahli perniagaan itu membuat kenyataan mahu berkahwin empat sebelum berumur 40 tahun. Agak tidak logik dan kejam juga kalau Dato Red lafaz talak pada Adira yang sedang hamil.
Sumber Berita : mStar Online

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

ZILA DICERAI KERANA TAK MAHU MASAK ???

by
Rumah tangga bintang Akademi Fantasia (AF), Zila Seeron musnah selepas suaminya, Along Cham marah kerana isterinya tidak mahu memasak sehingga memaksa pelawak terkenal itu memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Along membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah semalam yang kemudiannya membenarkan permohonan cerai itu.

Zila atau nama sebenarnya, Nur Azilah Seeron, 28, diceraikan Along dengan talak satu pada pukul 10.40 pagi semalam mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Terdahulu semasa prosiding, Abd. Halim bertanya kepada Along sebab utama me­ngapa beliau mahu bercerai.

Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, kemudian memberitahu, Zila tidak suka ditegur apabila tidak memasak untuk anak mereka.

“Sebabnya adalah sesuatu yang kelakar, dia tidak suka saya marah atau menegurnya kerana tidak memasak,” kata plaintif itu ringkas. - KOSMO

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

"BILA DIA BUKA SAYA TIDAK TAHAN UNTUK SERAHKAN TUBUH SAYA . ." SELEPAS DICERAIKAN AKHIRNYA ZILA BUAT PENGAKUAN JUJUR KENAPA SANGGUP TIDURI LELAKI ITU.. JANGAN TERKEJUT DENGAN APA ZILA CAKAP

by
 Penyanyi Zila Seeron, isteri kepada pelawak Along Cham, mengesahkan sudah tidak bersefahaman bersama suaminya itu.
Bekas finalis Akademi Fantasia musim keempat itu turut mengakui tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya sejak beberapa bulan yang lalu.
Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, berkata, sudah empat bulan mereka tidak tinggal bersama dan kini sedang berdepan proses mahkamah difailkan Along membabitkan kes nusyuz.
"Saya pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz. Sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.
.“Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial). Tetapi selepas seminggu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan selepas itu saya tidak dibenarkan bertemu Danial lagi.
"Saya terlalu rindukan anak saya," katanya  ketika ditemui di majlis rumah terbuka Mawi di Bangi ketika diminta mengulas mengenai dakwaan rumah tangganya dan Along yang dikatakan sedang berantakan.
Bagaimanapun menurut Zila, dia tetap akan mendapatkan hak penjagaan anak walaupun ia berpihak kepada Along buat masa sekarang.
"Memang atas persetujuan bersama, anak dijaga oleh suami. Dan saya hanya dibenarkan bertemu Danial sebulan dua kali dan anak tidak boleh bermalam bersama saya.
"Saya mengaku memang tiada apa-apa sekarang untuk menuntut hak saya. Tetapi saya berjanji akan menuntut anak saya apabila saya sudah stabil nanti,"
katanya tegas.
Tambah Zila lagi, masalah dalam rumah tangga mereka berpunca daripada sikap Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 34, yang sering mencari salahnya tanpa alasan kukuh.
"Tiada apa lagi yang ingin saya katakan. Saya telah mencuba untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik selama enam tahun ini, tetapi di mata dia saya tidak pernah sempurna," katanya sayu.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Sunday, 21 August 2016

Neelofa membuat KEPUTUSAN yang sangat MENGEJUTKAN ramai pihak???KENAPA??

by

NEELOFA tidak dapat menyembunyikan rasa teruja kerana bakal menunaikan haji bersama ibu dan bapanya pada 5 September depan.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 27, yang ditemui pada majlis rumah terbukanya di De’Gouffron, Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini, melahirkan rasa bersyukur kerana dalam usia muda dijemput ALLAH SWT untuk menjadi tetamu-Nya, malah niatnya itu dipermudahkan dalam masa singkat.

Akan berada di Tanah Suci sehingga 20 September nanti, Neelofa memberitahu sepanjang di Tanah Suci nanti, dirinya tidak akan lupa memohon segala urusan hidupnya diberkati ALLAH SWT selain berdoa dipercepatkan bertemu jodoh.

“Sejak awal tahun ini, saya menyimpan niat untuk menunaikan haji dan berharap ia dimakbulkan ALLAH SWT. Alhamdulillah, tidak sangka semua urusan dipermudahkan dan impian itu akhirnya menjadi kenyataan.
“Saya hanya berdoa semua urusan saya di sana nanti akan berjalan lancar dan mendapat keredaan ALLAH SWT. Sebelum ini, saya pernah dua kali ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah, sudah pasti saya gembira kerana dapat kembali ke sana malah lebih bermakna kerana saya ke Makkah bagi menunaikan Rukun Islam kelima,”
katanya.

Pengacara rancangan Meletop ini turut menyatakan rasa rindu pada suasana tenang dan damai setiap kali beribadah di Tanah Suci.

“Saya hanya mampu berdoa supaya perjalanan saya kali ini dipermudahkan. Saya tidak tahu apa ujian yang akan diberikan ALLAH SWT nanti.
“Saya sentiasa mengingatkan diri setiap apa juga dugaan ALLAH SWT adalah untuk membawa saya lebih dekat kepada-Nya. Apa yang penting, saya perlu lakukan persiapan mental,”
katanya.

Kembali berlakon
Sementara itu, Neelofa kini sedang sibuk mempersiapkan diri untuk kembali ke set lakonan apabila menjayakan drama 16 episod arahan Micheal Ang iaitu Suri Hati Mr Pilot, yang memulakan penggambarannya pada 21 Ogos ini.

“Saya akan bergandingan bersama Fattah Amin dalam drama berkenaan. Saya akan menyambung penggambaran selepas pulang menunaikan haji sehingga hujung September.
“Selepas tiga tahun berehat, saya rindu untuk kembali berlakon semula dan akan menyiapkan tugas berkaitan sepenuhnya pada tahun ini,”
katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut memaklumkan jenama tudungnya Naelofar akan mengeluarkan koleksi terbaru yang diberi nama Warda iaitu koleksi yang akan dipakai oleh Warda iaitu wataknya dalam setiap episod drama  Suri Hati Mr Pilot nanti.

Sebelum ini Neelofa pernah memaklumkan kesibukannya sebagai pengacara beberapa buah program menyebabkan dia terpaksa melupakan hasrat untuk berlakon drama.

Komitmen terhadap bidang pengacaraan menyebabkan saya terpaksa menolak tawaran berlakon drama bersiri kerana ia mengambil masa yang panjang untuk disiapkan.
“Saya tidak mahu menyusahkan pihak produksi jika tidak dapat hadir pada penggambaran atau tidak berdisiplin kerana sibuk dengan perkara lain,”
katanya.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Johan menyatakan SESUATU yang buat ramai pihak tidak MENYANGKA

by

KUALA LUMPUR: Pelakon Johan As'ari tidak malu mengaku dia pernah hanyut dengan populariti selepas membintangi drama rantaian, Juvana, kira-kira lima tahun lalu. 

Malah, Johan makin 'laris' selepas memenangi trofi Artis Baharu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011. 

Namun, Johan bersyukur, akhirnya dia sedar menjadi anak seni bukan sekadar mencari glamor, sebaliknya mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat melalui bidang lakonan.

 "Saya 'dibasuh' abang-abang senior dalam industri. Mereka menasihatkan saya supaya lebih fokus kepada karier seni. Saya akui, ketika itu banyak cerita negatif mengenai saya yang berkait kisah cinta dan masalah disiplin. 

"Tapi saya tidak anggap mereka cuba mencampuri urusan peribadi, tapi mereka memberi nasihat kerana sayangkan bakat seni saya. "Sejak itu saya muhasabah diri dan kembali mencari rentak dalam bidang ini. Saya juga cuba dapatkan naskhah drama dan telefilem yang mampu mencabar lakonan saya," katanya. 

Kembali bangkit dalam industri, Johan menganggap masih banyak yang perlu dilakukan terutama dalam meningkatkan mutu lakonan. Sehubungan itu, set penggambaran menjadi sekolah terbaik untuk dia menambah ilmu lakonan. 

"Saya jenis tidak malu untuk bertanya. Saya menjadikan pengarah dan pelakon yang lebih senior di set penggambaran sebagai rujukan. Saya ambil nasihat dan tip yang mereka beri untuk perbaiki mutu lakonan. "Bagi saya, belajar ilmu lakonan tidak pernah habis. Setiap pelakon ada pengalaman dan ilmu masing-masing. Jadi, sebagai pelakon baharu adalah rugi jika tidak menceduk ilmu dengan mereka," katanya. 

Dalam perkembangan semasa, Johan sibuk di penggambaran drama 30 episod, Cinta Tangkap Muat untuk siaran HyppTV. Selain itu, Johan menunggu tayangan beberapa filem lakonannya seperti Juvana 3, Tujuh, Kanang Anak Langkau The Movie dan Bopeng. 


MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

SAMPAI HATI Tomok buat anak dia macam tu..

by

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Tomok, 32, mengambil pendekatan mendedahkan kepentingan menabung kepada anak-anaknya sejak mereka masih kecil. 

Ketika ini, penyanyi yang juga bekas vokalis New Boyz itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Arrianshah Akid (Arrian), 4, dan Andrashah Iman (Andra), setahun. 

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, berkata beliau mahu mendidik dua anaknya agar belajar menyimpan dan menguruskan wang secara bijak selain menjadikannya sebagai tabiat sepanjang hayat.

 "Mungkin ada yang menganggap anak-anak kita terlalu kecil untuk memahami mengenai kewangan, tetapi sebenarnya tidak. "Apabila diajar, mereka akan faham erti berjimat-cermat dan sebab apa kita perlu menyimpan duit. Kalau dilihat masyarakat di Barat, kanak-kanak seawal usia setahun sudah didedahkan dengan ilmu kewangan.

 "Bukan mahu mengatakan duit adalah segala-galanya, tetapi saya mahu ajar mereka menyimpan agar ia dapat digunakan ketika dalam keadaan terdesak," katanya kepada BH Online. 

Tambah Tomok, setakat ini beliau sudah pun membuka akaun bank untuk kedua-dua anaknya itu, termasuk akaun Tabung Haji.

 Kata penyanyi lagu Bagaikan Bidadari itu, pendedahan terbabit bermula selepas isterinya, Rahayu Abas, merancang untuk mendidik anak-anak mereka cara menyimpan wang.


 "Isteri saya yang mula ajar anak-anak, dan sudah semestinya saya sokong apa yang diusahakannya kerana ia adalah untuk kebaikan bersama. Ia juga antara cara untuk membuat persediaan bagi mereka menyambung pengajian pada masa akan datang. "Alhamdulillah, setakat ini anak-anak seronok melakukan aktiviti menabung. Saya percaya, mereka akan lebih faham apabila meningkat dewasa kelak," ujarnya. 



MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Masih ingat tak dengan penyanyi Elyana? Apa yang dilakukannya sangat MENGEJUTKAN

by

KUALA LUMPUR: Penyanyi Elyana mengakui mula membiasakan diri memakai tudung setiap Jumaat sejak tiga tahun lalu. 

Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, 29, berkata beliau membiasakan diri mengenakan tudung pada hari mulia berkenaan dalam usaha melangkah ke depan sebagai wanita Muslim yang lebih baik.

 "Memang setiap hari Jumaat saya akan memakai tudung. Tambah pula saya mempunyai kelas mengaji pada hari berkenaan. "Bukanlah hendak berlatih, tetapi Insya-Allah ia adalah langkah pertama ke arah kebaikan. Alhamdulillah, saya selesa setiap kali berbuat demikian. Lagipun, adik-beradik saya semuanya sudah bertudung," katanya.

Elyana berkata demikian selepas ditanya mengenai beberapa gambar beliau yang memaparkan dirinya bertudung di Instagram. Sehingga kini, penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Niat pada 2001 itu memiliki sejumlah 141,000 pengikut di laman sosial bergambar berkenaan.

Berdasarkan komen ditinggalkan peminat, ramai yang memuji kecantikannya dengan imej terbabit. 

Malah, tidak kurang yang mendoakan penyanyi lagu Tapak Sulaiman ini agar diberi hidayah untuk terus bertudung. 

Dalam perkembangan lain, Elyana baru-baru ini meraih gelaran juara bersama pasangan duet beliau, Intan Sarafina, menerusi rancangan Super Karoks terbitan stesen radio Kool FM. 

Elyana dan Intan selaku tunjang Hey Ladies menewaskan empat kumpulan lain iaitu AM (Ayai/Maya); Lazat (Rahmad/Ezad Lazim) dan Gorgeous Mom (Amelina/Raja Ema). Sebagai juara, dua penyanyi itu menerima RM15,000. 

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Saturday, 20 August 2016

PANAZ!!! Inilah Artis Wanita Bertudung Yang Jadi Punca Hubungan Fattah Amin & Sherry PUTUS ?

by

#Kisah percintaan Fattah Amin dan Sherry Ibrahim yang tidak kesampaian nampaknya masih lagi menjadi topik hangat.

#Sebelum ini ada timbul spekulasi Fattah meninggalkan Sherry kerana mempunyai hubungan istimewa dengan seorang usaha pengusaha tudung, terbaru ada yang mendakwa pelakon Mira Filzah adalah punca Fattah dan Sherry berpisah.
Menurut ruangan Cik Pang di Harian Metro, Fattah sengaja mencari alasan dengan mengatakan sikap Sherry yang terlalu kuat cemburu dan mengongkong adalah sebab utama beliau ingin berpisah.

#Namun, sebenarnya ia hanyalah “sandiwara” Fattah untuk bersama Mira.
Katanya hubungan Fattah dan Mira mula akrab sejak beberapa bulan lepas dan mungkin mereka mempunyai hubungan istimewa, lebih-lebih lag i Fattah yang kini mempunyai syarikat pengurusan artis dikenali sebgai Myfastyle telah melantik Mira sebagai artis untuk bernaung di bawah syarikat miliknya itu.

#Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tidaklah kami ketahui, tetapi soal jodoh ini mempunyai seribu satu rahsianya. Kalau sudah tiada jodoh antara Fattah Amin dan Sherry Ibrahim hendak buat macam mana lagi?

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

PANAS!!! Stacy dedah kisah sebenar..Betul ke??

by



KUALA LUMPUR: Penyanyi Stacy, 26, memaklumkan usia kandungannya kini hampir mencecah empat bulan namun terpaksa berahsia ketika awal kehamilan kerana akur dengan nasihat orang tua.

 Katanya, selepas melepasi trimester pertama baharu dia dan suami, Akim Ahmad, sedia berkongsi berita gembira itu dengan peminat menerusi hebahan di laman sosial mereka.

 "Sebenarnya sudah lama kami berhajat mahu membuat pengumuman mengenai kehamilan ini. Apatah lagi ramai orang yang bertanya bila ingin menambah ahli keluarga.
"Tetapi kata orang kurang manis kalau berkongsi berita itu terlalu awal kerana bermacam dugaan boleh timbul pada tempoh itu. Walau hidup dalam zaman moden, petua orang tua ada sebabnya.
 "Insan paling gembira mendengar perkhabaran ini tentu saja Akim dan keluarga kedua belah pihak. Bella juga sudah tahu dia akan dapat adik,"
katanya yang tidak mengalami alahan teruk.







Pada masa sama, penyanyi itu berharap tiada pihak kecil hati andai terpaksa berdepan emosinya yang kurang stabil selain harus menolak beberapa undangan pentas disebabkan isu kesihatan.

 "Walaupun alahan tidak teruk, badan saya lemah dan cepat letih. Kadangkala saya cuba menyibukkan diri tetapi kerap juga saya lebih banyak berehat membuatkan ada undangan yang terpaksa saya tolak.
 "Keadaan emosi juga kurang menentu. Saya cuba mengawal diri. Syukur suami dan keluarga sangat memahami situasi saya. Kerap juga peminat tanya mengenai berat badan naik atau ternampak perut berisi," 

katanya kepada BH Online. 

Pasangan kelahiran program Akademi Fantasia itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari lalu. 

Sebelum mendirikan rumah tangga Stacy mengambil anak angkat, Bella yang kini sudah berusia empat tahun.














MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Akhirnya Ally Iskandar Terpaksa Buka Perkara Sebenar Hingga Buat Bekas Isterinya Tanggung Malu!!!

by




#“BismillahirRahmanirRahim, kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media, dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin Romli, 27”

#“Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respon secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan harapan tindakan saya ini ditanggapi sebagai keperluan untuk menenangkan keadaan,” antara kata-katanya dalam kenyataan tersebut.


#Selain itu, Ally menyatakan baha dia telah bercerai pada 17 Ogos lalu dan kini biar pun tidak mempunyai sebarang ikatan lagi bersama bekas isterinya itu, hubungan di antara mereka dan keluarga masih baik.


#“Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami. Besar harapan saya agar kenyataan ini terhebah dengan hikmah”


#“Saya doakan yang terbaik buat semua. Semoga Allah rahmati kita sentiasa,” katanya menutup kata. Semoga Ally dan isteri sama-sama tabah menghadapi situasi yang dihadapi kini.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

PANAS ! Rupanya Ini Punca Sebenar Isteri Ally Iskandar Upload KEMUSNAHAN Rumah Tangganya Di Instagram

by


#Pagi ini bertebaran berita yang agak mengejutkan kami, dimana ramai yang mengatakan rumah tangga pasangan Ally Iskandar dan Farah Lee sedang bergolak.

#Spekulasi mengenai rumah tangga mereka mula timbul apabila Farah menerusi akaun Instagramnya memuat naik status yang penuh tanda tanya dan pada masa yang sama menggambarkan beliau kini dalam proses untuk memulakan sebuah kehidupan baru.

#Berikut status Farah di Instagram :-



#Berdasarkan pemerhatian kami, gambar Ally di akaun media sosial Farah juga sudah dipadam. Apakah benar mereka mempunyai masalah? Apa-apa pun kami harap Ally dan Farah dapat menyelesaikan kemelut yang mereke sedang hadapi dengan baik.










MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...