Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Monday, 22 August 2016

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik bakal DIBUNUH???

by



PEMENANG pingat perak acara maraton Olimpik Rio, Feyisa Lilesa dari Ethiopia memberitahu dia mungkin akan dibunuh oleh pihak kerajaaan sekiranya pulang ke tanah air.
 
Memetik laporan The New York Times, Lilesa memberitahu ancaman itu berpunca daripada tindakannya, membuat tanda pangkah (X), selepas selesai acara maraton.
 
Tanda pangkah itu merujuk kepada protes terhadap kerajaan Ehtiopia yang kini berhadapan dengan krisis politik dalaman.
 
Katanya, oleh kerana tanda protesnya itu, ada saudaranya yang telah dipenjarakan.
 
"Kalau anda bercakap tentang demokrasi, mereka (kerajaan) akan mengenakan hukuman bunuh dan sekiranya saya kembali ke Ethiopia, mungkin mereka akan membunuh, atau memenjarakan saya," katanya.
 
Dalam pada itu, katanya keadaan di negaranya kini dalam keadaan yang sangat bahaya.
 
"Protes ini adalah untuk mereka yang tidak mendapat kebebasan di negara saya ," katanya.
 
Sebelum ini, Persatuan Hak Asasi Manusia menyatakan pemerintahan di Ethiopia telah membunuh puluhan orang dalam beberapa minggu ini dek kerana tindakan anti pemerintahan yang berlaku di sana.
 
Aksi membentuk tangan berbentuk X merupakan tindakan nekad Lilesa. Bahkan Washington Post melaporkan,tindakan paling berani dalam Olimpik 2016.
 
Lilesa atlet berusia, 26, mencapai kemenangan apabila mencatatkan masa 2 jam,9 minit,54 saat.
 
Selepas mencapai garisan penamat Lilesa lantas melakukan 'pose' tanda pangkah, namun tidak ada sepatah kata pun yang diungkapkannya selepas memenangi pingat perak.
 
Gelombang protes terhadap pemerintah berlangsung dalam beberapa bulan terakhir ini. Tindakan anti pemerintahan dilakukan kerana tidak bersetuju mengenai cadangan memindahkan ibu negara dari Addis Ababa ke Oromo, yang mengancam pengusiran orang-orang di daerah berkenaan.
 
"Pemerintah Ethiopia telah membunuh orang-orang Oromo dan mengambil tanah mereka, serta mencuri  sumber  alamnya. Jadi itu yang membuat orang Oromo melakukan protes," kata Lilesa dalam satu kenyataannya selepas pertandingan.
 
Menurut Washington Post, televisyen nasional Ethiopia tidak menyiarkan kemenangan Lilesa di garisan penamat.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Sunday, 21 August 2016

TMJ menyatakan SESUATU yang MENGEJUTKAN ramai pihak..KENAPA????

by

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberi bayangan mungkin akan berehat daripada kancah bola sepak pada penghujung musim ini.

Menurutnya, keputusan itu mungkin akan dibuat mengikut perkembangan semasa pasukan selatan tanah air tersebut selepas berakhir saingan liga pada musim ini.

Beliau turut menyatakan hasratnya untuk melihat kemajuan dan perkembangan JDT meskipun tanpa kelibat dirinya di tampuk pentadbiran kelab bola sepak tersebut.

"Sememangnya kehilangan saya dalam kelab ini memang ditunggu-tunggu oleh beberapa pihak yang kurang senang dengan pencapaian yang diraih pasukan sejak tahun 2013 yang lalu.
"Jadi sekiranya saya berehat sebentar, saya mahu lihat kemajuan dan perkembangan kelab sentiasa berjalan kerana semua perancangan telah diatur dan dirangka,"
katanya.

Beliau berkata, selain daripada mahu merehatkan minda daripada pasukan, Tunku Ismail turut meluahkan kekecewaannya berikutan kehadiran penyokong yang semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Saturday, 20 August 2016

Lee Chong Wei Menyatakan sesuatu yang buat ramai TERKEJUT??

by

Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, sudah melakukan yang terbaik, namun rezeki ternyata belum memihaknya untuk merangkul emas Sukan Olimpik apabila tewas kepada pemain China, Chen Long, 21-18, 21-18 di Riocentro Pavilion 4, malam ini.
Namun, pingat perak miliknya-- kali ketiga berturut-turut sejak temasya Beijing 2008 -- tetap memberikan kebanggaan buat negara pada ketika pemain sehebat Lin Dan pun pulang dari temasya Rio 2016 dengan tangan kosong.

Ini bermakna Malaysia perlu menunggu sekurang-kurangnya empat tahun lagi untuk 
menyempurnakan impian menggapai pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik sejak penyertaan sulung kontinjen negara 60 tahun lalu. 

"Maaf, rakyat Malaysia, saya perlu terima kekalahan ini, lawan saya ternyata bermain dengan lebih baik malam ini," kata Chong Wei sejurus selesai upacara penyampaian pingat sambil dia jelas menahan sebak pada penghujung saingan Olimpik yang sudah diumumkan sebagai yang terakhir buatnya.

Pada awal pertarungan dalam perlawanan akhir itu,Chen Long hanya membenarkan Chong Wei memungut mata pertama ketika dia sudah mendahului empat mata. Bermula detik itu, Chong Wei berupaya untuk mendahului lawannya buat pertama kali dengan kedua-dua pemain itu saling berbalas serangan.

Chong Wei mula menjarakkan kedudukan dengan lawannya 13-9. Namun, gangguan Chen Long yang mencabar keputusan penjaga garisan dua kali berturut-turut, seakan-akan mengganggu rentak pemain nombor satu dunia itu sebelum berjaya menyamakan kedudukan 13-13. 

Kesilapan demi kesilapan di depan jaring membenarkan Chen Long menamatkan pertarungan selama 35 minit itu 21-18. 

Sekali lagi skrip yang sama berulang pada set kedua buat Chong Wei. Permainan Chen Long ternyata lebih kemas sambil Chong Wei terus memberikan mata mudah kepada lawan yang mendahului selesa  20-16  dengan empat mata penamat dalam tangan.

Chen Long hanya membenarkan lawannya merapatkan kedudukan dengan dua mata lagi sebelum memuktamadkan kemenangan pingat emasnya.

"Saya kena terima juga, memang saya kalah kerana pemain lawan bermain lebih bagus. Saya cuba berikan 100 peratus yang terbaik.
"Takut dan gemuruh itu memang ada, saya bermain seperti biasa dan menikmati aksi Olimpik kali ini.  



"Berbanding Olimpik 2008, 2012, saya rasa permainan kali ini yang terbaik. Lawan saya lebih bagus, saya perlu terimalah," kata Chong Wei. 
"Chen Long dapat membaca permainan saya. Semasa saya mendahului, dia ubah permainannya dengan membuat hantaran yang saya tak suka dan tak selesa untuk saya. Saya kena terima dapat tiga kali pingat perak. Saya tahu bukan saya seorang, rakyat Malaysia juga kecewa. Saya minta maaf kepada semua yang menonton dan menyokong saya.
"Rakyat Malaysia akan kecewa.Saya tak boleh buat apa, saya minta maaf, saya sudah cuba yang terbaik."



MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...