Tuesday, 16 August 2016

Setengah jam selesai kes culik


Dua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30an ditahan pihak polis untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk siasatan lebih lanjut berhubung kes dua mangsa diculik dan dicederakan di kawasan ternak ayam di Kampung Mulong, Kota Bharu.

KOTA BHARU: Tindakan pantas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan membawa kepada penyelesaian kes culik dalam tempoh setengah jam, tengah hari semalam. 
  Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, tiga lelaki dikatakan menculik seorang lelaki dan seorang perempuan, masing-masing berusia 24 tahun, di sebuah pusat hiburan di Wakaf Che Yeh, di sini.

 Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata mangsa dikatakan didatangi tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis sebelum menculik kedua-duanya. Katanya, mangsa dipercayai dibawa ke kawasan reban ayam di belakang sebuah hotel di Kampung Mulong dekat Balai Polis Nilam Puri dengan menaiki sebuah kereta. 
"Mangsa mendakwa turut dipukul menggunakan tukul besi, dicucuk dengan kaca mentol kalimantang dan ditumbuk oleh suspek," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi. 

Ab Rahman berkata, mangsa lelaki bagaimanapun dapat melepaskan diri dan membuat laporan di Balai Polis Nilam Puri. 
"Berikutan laporan itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Nilam Puri, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Unit D9 dan D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dikerahkan ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba, polis menahan tiga suspek lelaki serta seorang perempuan berusia antara 26 tahun dan 32 tahun, kira-kira setengah jam selepas laporan kes diterima," katanya.
Katanya, kes dipercayai lebih menjurus kepada dendam. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324, 342 dan 379 Kanun Keseksaan. 

"Kita masih mengesan tujuh lagi suspek iaitu tiga perempuan dan empat lelaki, yang dipercayai bersubahat dalam kes berkenaan," katanya.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

0 comments:

Post a Comment