Monday, 22 August 2016

,

PEROLEHI RM200 hanya dalam masa 2 jam bekerja..KERJA APA??


JERTIH - Dua pengemis di Pasar Tani Jertih di sini didapati memperoleh kutipan lebih RM200 dalam tempoh satu hingga dua jam dengan gunakan kecacatan diri untuk meraih simpati orang ramai.

Malah salah seorang daripada mereka didapati membawa bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 3 tahun ketika meminta sedekah di pasar tani tersebut.

Penampilan sedemikian termasuk menggunakan kanak-kanak dipercayai dapat meraih simpati pengunjung di situ untuk menghulurkan sumbangan.

Bagaimanapun kedua-dua mereka ditahan oleh anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam operasi bersama Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi bermula jam 11 pagi hingga 1 petang itu.

Pegawai Kebajikan Daerah Besut, Suzieyati Siyude berkata, dua pengemis dewasa dan seorang kanak-kanak yang diperiksa dalam Operasi Menyelamat itu membabitkan seorang pengemis lelaki berusia awal 40 dan seorang wanita lewat 40-an bersama kanak-kanak lelaki dipercayai anaknya berusia 3 tahun.

Menurutnya, pengemis warganegara asing dipercayai daripada Kemboja menjalankan aktiviti mengemis di kawasan pasar tani dengan duduk berjauhan antara satu sama lain kecuali pengemis wanita berada bersama anaknya.

“Operasi itu dilaksanakan susulan aduan orang ramai tentang aktiviti pengemis yang aktif mengemis di kawasan pasar tani tersebut,” katanya.

Suzieyati berkata, kedua-dua mereka tidak dapat bertutur bahasa Melayu dengan baik sementara pengemis lelaki mengalami kecacatan di bahagian kaki.

Menurutnya, pemeriksaan pada pengemis lelaki terdapat wang tunai sebanyak RM276.20 sementara pada pengemis wanita sebanyak RM239.10.

“Mereka dipercayai menjalankan aktiviti dalam tempoh singkat kerana mereka diperiksa kira-kira jam 11 pagi,” katanya.

Suzieyati berkata, selepas proses dokumentasi, ketiga-tiga mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan seterusnya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati lelaki OKU itu hanya mengesot dari satu tempat ke satu tempat terutama di kawasan orang ramai seolah-olah berpura-pura dia tidak dapat berjalan.

Namun selepas ditahan dan diperiksa anggota penguat kuasa, lelaki tersebut sebenarnya boleh berdiri dan berjalan walaupun tidak sempurna.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

0 comments:

Post a Comment