Wednesday 17 August 2016

,

Azrinaz, Wak Doyok enggan ulas berita bertunang


              WAK Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim. - Foto ihsan Instagram Wak Doyok

Azrinaz, Wak Doyok enggan ulas berita bertunang


     Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim belum bersedia memberi kenyataan berhubung laporan mendakwa beliau dan ikon fesyen, Wak Doyok sudah bertunang. 

Bagaimanapun, Azrinaz sedia berkongsi jika ada perkembangan terbaharu berhubung perkara itu. 


"Saya terkejut membaca berita itu. Buat masa ini tiada apa yang boleh dikongsikan. 
"Jika ada majlis antara kami, saya akan maklumkan tetapi saya tidak berjanji untuk membuat pengumuman rasmi," katanya ketika ditemui selepas majlis pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2016 di Pavilion di sini, malam ini. 

Sementara itu, Wak Doyok atau nama sebenarnya, Muhammad Azwan Mohd Nor yang turut hadir bersama Azrinaz pada majlis itu, enggan memberi komen berhubung berita pertunangannya itu. 

Sebaik laporan mendakwa Wak Doyok dan Azrinaz bertunang tersiar, bulan lalu, tiada kenyataan dikeluarkan mereka.


MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

0 comments:

Post a Comment