More Stories

Tuesday 6 September 2016

"Tolonglah Kami, Kami Diarah Kosongkan Bangunan Maahad Tahfiz (Perempuan) Selewat-Lewatnya Hujung Bulan Ni," Rayu Mudir

by

Tidak dapat lelap mata dengan tenang, itulah keadaan yang terjadi kepada Pengetua Maahad Tahfiz D'itqan apabila menerima pesanan melalui aplikasi whatsapp daripada tuan bagunan yang merupakan Pewaqaf penggunaan bagunan.

Dia telah menerima pesanan yang mengarahkan mereka mengosongkan bagunan yang digunakan untuk tujuan pengajian oleh penuntut perempuan di mana sebahagiannya terdiri daripada anak asnaf miskin dan juga termasuk anak-anak O.K.U.

Menurut Mudir, Ustaz Mohd Nasir bin Tambi Chek, keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa mencari tempat pengajian baru untuk pelajar Maahad Tahfiz Littholibat(perempuan) D'Itqan menempatkan pelajar perempuan yang seramai 22 orang.

"Kami merayu bantuan daripada orang ramai atas ujian yang sedang kami hadapi pada saat ini," rayunya.

Menceritakan kepada kami, pada 22 Julai 2016 lalu Maahad telah menerima notis pertama daripada pewaqaf penggunaan bagunan melalui peasan Whatsapp berbunyi.
" Saya berhasrat untuk memberikan notis sehingga hujung tahun 2016 untuk mengosongkan bangunan Tahfiz Perempuan diatas sebab2 yang tak perlu dinyatakan."

Namun pada 17 Ogos 2016 lalu beliau menerima satu lagi pesanan Whatsapp yang berbunyi.

"Tanpa sebarang alasan memaklumkan notis pengosongan bangunan disingkatkan kepada ke 30 Sept 2016."

Kerana tempoh yang terlalu singkat menyebabkan mereka tidak dapat untuk mencari bagunan baru secepat mungkin berikutan kekangan kewangan.


Beliau juga menyatakan amat risau memikirkan nasib dan keadaan penuntutnya untuk belajar dan menghafaz Al Quran jika mereka gagal mencari premis baru untuk menempatkan mereka.

Oleh itu, kepada sesiapa yang bermurah hati untuk mencari atau memberi atau memberi bantuan kewangan untuk membeli dua buah rumah untuk memindahkan pelajar-pelajar ini amatlah dialu-alukan.

Sebarang pertanyaan serta bantuan mengenai MAAHAD diminta menghubungi:

PENGETUA
USTAZ MOHD NASIR BIN TAMBI CHEK
NO TEL : 019 3856213

MUDIRAH
USTAZAH INA.
NO TEL: 0193586213.

TAHFIZ D ITQAN LITTHOLIBAT
NO 1&2, LOT 1266. BATU 41.
JALAN BANTING-DENGKIL.
KG OLAK LEMPIT. 42700. BANTING. SELANGOR

Bagi mereka yang ingin memberi bantuan kewangan boleh salurkan ke

MAYBANK
5620 5805 7425
PUSAT PENGAJIAN D ITQAN.

Facebook: Maahad Tahfiz D'itqan

Bersamalah kita sebarkan berita ini kepada mereka yang berkemampuan bagi menjamin masa depan anak-anak yang belajar ilmu agama ini supaya mereka tidak terganggu untuk belajar dan menghafaz Al Quran dengan masalah yang sedang membelenggu ini.

Maahad Tahfiz D'itqan kini mempunyai seramai 67 penuntut iaitu 45 orang lelaki dan 22 orang perempuan di mana premis bagunan untuk pelajar perempuan yang menghadapi masalah ini.

Ketika ini pihak Maahad terpaksa memberi cuti raya Aidil Adha lebih awal kepada penuntut untuk memberi laluan kepada pengosongan premis.





MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Bolehkah Menggugurkan Kandungan Jika Dijangkiti Zika Dan Memudaratkan? Ini Jawapan Pejabat Mufti

by



Sejak kebelakangan ini ramai antara rakyat Malaysia menyatakan kebimbangan dengan penularan wabak Zika bawaan nyamuk Aedes di mana negara kita sudah mencatat beberapa kes wabak berkenaan.

Ada yang tertanya-tanya adakah boleh menggugurkan kandungan jika ibu yang mengandung atau bapa telah dijangkiti Zika kerana bimbang kemudaratan kepada bayi yang baru lahir nanti.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan semasa dipetik laporan Malaysiakini, orang Islam boleh menggugurkan kandungan mereka jika dijangkiti virus Zika jika memudaratkan kehidupan keluarga serta bayi itu sendiri.

Pejabat mufti berkenaan menjelaskan kenyataan itu dikeluarkan kerana cenderung kepada pendapat majma’ fiqh Islami, sidang ulama-ulama di Mekah pada 1990, yang dikiaskan dengan kes thalasemia.

“Dalam keadaan seperti itu, persetujuan daripada kedua ibu bapa yang diberi kefahaman yang jelas bolehlah diambil kira untuk pelaksanaan pengguguran janin itu,” katanya.

Berkaitan kes thalassemia Dr Hassan al-Jizani berpendapat, janin yang berumur 120 hari kebawah boleh digugurkan jika akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga jika kekal hidup.

"Jika umur bayi melepasi umur berkenaan, janin tidak boleh digugurkan kecuali ditimpa komplikasi atau sebarang penyakit seperti talasemia dan diperakukan pakar perubatan yang diyakini."
“Maka, jika didapati janin tersebut mengalami bahaya yang tidak mungkin boleh dirawat, anak itu lahir dengan penyakit yang kekal, memberi kesan yang bermasalah dalam kehidupannya serta membebankan kepada keluarganya, maka ketika itu boleh digugurkan mengikut kehendak kedua ibu bapa,” kata pejabat itu.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pula berkata perkara ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan yang diyakini dan juga ibu bapa supaya memahami hakikat isu ini dengan sebaiknya.
“Selepas itu, barulah boleh diambil tindakan pengguguran dengan ketetapan-ketetapan dan syarat-syarat yang amat ketat sebagaimana di atas,” katanya.

Ini adalah kenyataan dari pihak Mufti.

Pengguguran Janin Bagi Wanita Yang Positif Virus Zika

Pada 14 Mac 2016, Dar al-Ifta’ al-Misriyyah telah mengeluarkan satu fatwa berhubung hukum menggugurkan janin bagi wanita yang dijangkiti virus Zika. Fatwa ini telah dikeluarkan sebagai respon kepada seruan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu[22] bagi melonggarkan syarat-syarat bagi membolehkan pengguguran khususnya bagi kes wanita yang disahkan dijangkiti virus Zika. Dalam hal ini, Dar al-Ifta’ memutuskan bahawa pengguguran janin adalah:

DIBOLEHKAN bagi janin yang belum mencapai 120 hari (4 bulan) setelah disahkan implikasinya kepada wanita berkenaan atau kecacatan kepada janin berkenaan.
Manakala, bagi yang sudah mencapai 120 hari, ia TIDAK DIBOLEHKAN kecuali jika kehamilan itu berterusan mengundang masalah kepada kesihatan dan bahaya kepada kehidupan wanita berkenaan. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh:


َارتِكَاب أَخَفُّ الضَرَرَين


Maksudnya: “Mengambil yang lebih ringan di antara dua kemudharatan”


Ia bermaksud mendahulukan nyawa ibu yang mengandung yang sudah pasti hidup untuk diselamatkan berbanding janin yang masih tidak pasti keadaannya. Maka jika ia tidak membahayakan nyawa ibunya, pengguguran janin adalah DIHARAMKAN.[23]

Kes Yang Berkaitan

Dalam meneliti isu dalam dunia perubatan dunia moden berkaitan pengguguran janin, terdapat satu pandangan yang dinyatakan oleh Dr. Hassan al-Jizani berhubung pengguguran janin yang menghidap thalassemia. Kami ringkaskan dalam dua noktah penting yang wajar difahami.

Sebelum 120 hari.

BOLEH digugurkan janin jika kekal hidup akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga dan ahlinya. Ketika itu, harus menggugurkan janin mengikut kehendak kedua ibu bapanya.

Selepas 120 hari

TIDAK BOLEH digugurkan janin kecuali sekiranya janin ditimpa komplikasi atau sebarang penyakit seperti thalassemia dan telah diperakukan oleh pakar perubatan yang diyakini ketika itu. Keputusan ini adalah selari dengan keputusan Majma’ al-Fiqh al-Islami yang bersidang di Makkah al-Mukarramah pada 10 Februari 1990. Para ulama’ yang bersidang pada ketika itu juga memberi nasihat kepada pakar perubatan dan para ibu bapa agar bertakwa kepada Allah dan cuba menerima ujian ini dengan tabah seupaya mungkin. Maka, jika didapati janin tersebut mengalami bahaya yang tidak mungkin boleh dirawat, anak itu lahir dengan penyakit yang kekal, memberi kesan yang bermasalah dalam kehidupannya serta membebankan kepada keluarganya, maka ketika itu BOLEH digugurkan mengikut kehendak kedua ibu bapa.[24]

NOTA PENTING: Kami lebih cenderung kepada pendapat Majma’ Fiqh Islami berkenaan penyakit thalassemia yang boleh diqiyaskan bagi isu virus Zika ini, jika sekiranya dapatan kajian dari pakar perubatan yang diyakini menunjukkan bahawa janin yang dijangkiti virus Zika boleh mengundang pelbagai bentuk kecacatan sehingga memudaratkan kehidupan keluarga serta bayi itu sendiri. Dalam keadaan seperti itu, persetujuan daripada kedua ibu bapa yang diberi kefahaman yang jelas bolehlah diambil kira untuk pelaksanaan pengguguran janin itu.

Rujukan Bayan Linnas Siri 68

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Sunday 4 September 2016

Gambar Aksi Safiey Ilias Berhibur Di Kelab Malam, Bertopengkan Kaabah Di Wajahnya Pasti MENGEJUTKAN Ramai !

by

Siapa tak kenal dengan Safie Illias. Khabarnya penghijrahannya di buat adalah rekaan semata-mata.. Orang yang berkerjaya jual produk muka ini memerlukan tapak popular di Malaysia. Dan di akui sendiri oleh mereka-mereka pernah nampak Safie Ilias berhibur di kelab malam Pakai Baju perempuan..





MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Batal kahwin dengan Fara Fauzana, Hafiz buka mulut Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189717

by



KUALA LUMPUR: Pemuda yang sepatutnya berkahwin dengan Fara Fauzana pada 17 September ini, Mohamed Hafiz, akan membuat kenyataan berhubung pembatalan perkahwinannya dengan personaliti radio dan televisyen itu dalam masa terdekat.

 Hafiz ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan media yang dikeluarkan Fara petang tadi.

 "Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya," katanya. 

Dalam pada itu, Hafiz berkata, selama ini beliau tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi. 

Sebelum ini, identiti lelaki terbabit menjadi persoalan apabila Fara hanya memperkenalkannya dengan nama Hafiz, tanpa memberikan maklumat lanjut mengenai dirinya. 

Ia juga kenyataan pertama daripada pemuda itu, sejak Fara mengadakan sidang akhbar mengenai perancangan perkahwinan dirinya pada 1 Ogos lalu. 

Sebentar tadi, Fara atau nama penuhnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, memaklumkan perkahwinan beliau dengan jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.

 Menerusi kenyataan media yang dikirimkan kepada BH Online, Fara berkata, keputusan itu dibuat atas beberapa sebab peribadi yang sukar untuk dikongsikan dengan umum. 

Tambah Fara, keputusan itu juga dibuat selepas memikirkan perkara itu sebaik-baiknya, selain membincangkan hal berkenaan bersama kedua-dua orang tuanya.


MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Fara Fauzana batal pernikahan??Biar betul???

by


KUALA LUMPUR: Peminat mendoakan agar personaliti radio dan televisyen Fara Fauzana tabah menghadapi dugaan pembatalan rancangan perkahwinannya pada 17 September ini. 

Rata-ratanya memberikan komen meminta wanita terbabit bersikap lebih positif dengan menganggap belum sampai rezekinya untuk mendirikan rumah tangga seperti diharapkan. 

"Sabar saja adik Fara. Mungkin ada hikmah di sebaliknya yang kita tidak tahu. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Semoga adik tabah melalui dugaan ini," tulis Sairah Ismail di laman Facebook BH. 

Dalam pada itu, seorang netizen dikenali sebagai Jimah Gebash Gebush pula memberikan pandangan agar perancangan perkahwinannya pada masa datang tidak perlu digembar-gemburkan seperti dilakukannya sebelum ini. 

"Tak apalah Fara, ...selepas ini nak kahwin, senyap-senyap saja. Tidak perlu buat sidang media. Biasanya waktu seperti ini banyak dugaan, Reda ya Fara," katanya. 

Sebentar tadi, Fara atau nama penuhnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, memaklumkan rancangan perkahwinan beliau dengan jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.

 Menerusi kenyataan media yang dikirimkan kepada BH Online sebentar tadi, Fara berkata, keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat atas sebab-sebab peribadi yang sukar untuk dikongsikan dengan umum.

 Tambah Fara, keputusan itu juga dibuat selepas memikirkan perkara itu sebaik-baiknya, selain membincangkan hal berkenaan bersama kedua-dua orang tuanya. 

Sementara itu, kebanyakan daripada peminat lelaki pula memberi komen yang lebih bersifat terbuka, apabila pembatalan perkahwinan itu kononnya memberi peluang kepada golongan Adam di luar sana untuk mencuba nasib mendekati Fara.

 "Fara jangan risau. Allah sudah tentukan orang yang baik akan mendapat pasangan yang baik. Saya yakin ramai lelaki baik di luar dan salah seorang daripada mereka bakal singgah di hati awak.
 "Sekurang-kurangnya lelaki yang meminati awak masih lagi mempunyai peluang untuk mencuba nasib," kata Muhd Haikel. 

Pada 1 Ogos lalu, Fara mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang bersama ahli perniagaan dikenali dengan nama Hafiz pada 17 September 2016. 

Bekas penyampai Hot FM itu juga pada majlis sama berkata, pernikahan mereka akan dilangsungkan di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara, di sini. 

Mengenai perkenalan bersama Hafiz, wanita itu berkata, mereka sudah saling mengenali sejak lebih dua tahun lalu. 

Bagaimanapun Fara enggan mendedahkan identiti lelaki berkenaan.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

Gara-gara MLM, Siswazah Ini Muflis Di Usia Muda

by



Assalamualaikum terima kasih kerana menyiarkan kisah ini,

Kisah benar mengenai ujian yang menimpa hidup aku, Kebiasaannya kita selalu mendengar ayat hikmah yang berbunyi
Allah tidak akan menguji hambanya, mengikut kemampuan hambanya.

Pada tahun 2013 aku menamatkan pengajian di sebuah universiti tempatan, sebaik 5 bulan tamat kursus kerjaya aku diterima bekerja di sebuah syarikat jepun. Kisahnya bermula pada hujung akhir tahun 2013 sahabat lama aku secara tiba-tiba menghubungi aku , Biasalah kawan lama hubungi aku untuk bertanya khabar, pada mulanya aku tidak berperasangka buruk pun pada dia walaupun kami bukan kawan rapat masa zaman universiti dulu. Apabila ditanya mengenai kerjaya dia, kawan aku tu kata dia dah berjaya buka sebuah spa kecantikan hasil usahanya sendiri di KLCC , siap pelawa aku lagi join kursus keusahawanan dia, dia pun bangga sebab tak perlu hidup makan gaji lagi lepas universiti. Dia ajak aku join ke program tersebut tapi aku tak nak sebab masa tu aku sangat sibuk dengan presentation kerja.

Dari hujung tahun 2013 hinggalah ke tahun 2014 aku masih lagi bekerja di syarikat yang sama , baru sahaja genap 8 bulan bekerja kawan aku tadi tiba-tiba contact semula aku, Kali ni betul-betul ajak jumpa dan dia siap tanya bila hari yang aku cuti? sebab dia nak jumpa, pendekkan cerita dia datang kerumah aku pelawa aku ke spa dia dan tunjuk dekat aku bisnes yang dia tengah buat sekarang, Mula2 kata nak bawak pergi spa lepas tu aku dibwa pergi ke dalam sebuah tempat, tempat tu ramai orang pakai baju yang smart semua macam sibuk buat sesi sharing prospek. Masa tu hati tak terlintas pun nak cakap benda tu bisnes MLM, sebab kawan aku kata itu semua partner dia yang buka spa secara franchise, aku pun percaya bulat – bulat kata dia, dia bawak aku tour dalam tempat tu dari start bertemu dengan orang baru sampailah kepada produk2. Aku cuma ikut je dia tak banyak cakap, lepas tu depan kawan2 dia ajak terus letak satu borang ahli surat aku isi yuran ahli dalam RM80 aku masa tu dah terkebil2 masa tu dalam purse tak bawak duit, dia cakap tak apa isi jer..

Orang selalu pesan kalau ada masalah tak patut cerita dekat orang yang salah, aku memang tak berminat nak cerita tapi hari kejadian tu aku adalah cerita sikit2 masalah biasa, okla mula-mula macam banyak bagi support pura-pura caring tapi tak sangka pula kawan aku ni ada udang di sebalik mee !! sejak jumpa kunjungan aku ke spa tu kawan aku setiap hari whassap aku, ajak join buka spa macam dia dan berjaya macam dia, dia siap tunjuk slip gaji lagi adalah angka 5k-8k katanya hasil dia buat bisnes join spa ni.Tempat ni agak femes orang panggil segitiga emas tempat di area KLCC, bole je naik train nak ke tempat ni senang jumpa tapi ramai orang tak tahu disebalik bangunan yang gah di tengah2 bandar KL tu ada tempat puaka ni. Minggu pertama ajak aku keluar modal RM 2500 siap tanya bila gaji aku bulan ni nak masuk? simpanan asb ada berapa? ada emas simpanan tak? so aku yang luus bendul ni ceritalah kat dia semua, kebetulandah hujung bulan 3 gaji aku keluar dia suruh kumpulkan semua modal cukupkan jumlah RM 2500 tu, aku ikut semua cerita dia sebab masa tu fikir nak belajar bisnes. Kemudian tak sampai seminggu aku labur 2.5k tu dia sekali lagi mintak aku buat loan??? aku memang teragak-agak sebab aku tak nak berhutang.

Kali ni dia wahssap aku dan masukkn aku dalam group chat whassap dalam tu ramai partner2 baru dapat whssap selamat datang dan ucap tahniah dan minta aku fight cash untuk level seterusnya, nak tau fight untuk ape? fight modal cash atau Loan 30k, sebelum fight tu kawan aku dan geng dia bawak aku pergi ceramah keusahawan yang kononnya anjuran 1 malaysia. Dalam tu ramai bekas jurutera dan penjawat awam yang berhenti kerja untuk join bisnes ni, pakai baju smart dan kereta sport yang tak kalahnya jutawan2 kat malaysia ni! lepas balik dari ceramah tu terus kawan aku bawak aku dan team dia lepak kedai mamak area berdekatan katanya nak buat sesi sharing, pendekkan cerita kawan aku terus letak 3 kertas loan untuk aku tulis dan bagi tahu bertapa hebatnya bisnes ni, sampailah pukul 3 pagi aku still di KL sesi sharing balik rumah kawan aku hantar dalam pukul 6 pagi baru aku sampai rumah, dahla waktu tu aku masuk kerja pagi pergi kerja pun dah mengantuk sangat2 memang tak ada kualiti sejak terjebak dengan benda ni.

Kali ni terus whassap aku minta semua dokumen, memang tujuan aku nak tolong family aku dalam bisnes, tapi aku ikutkan aja kawan aku ni.. dia memang bijak manipulasi minda bawah sedar aku, kali ni macam memaksa minta aku sediakan borang untuk apply semua personal loan, pendekkn cerita aku diminta ambil cuti untuk settlekan hal urusan personal loan aku, aku ingat lagi hari tu aku dengan kawan aku pergi semua bank di area KL untuk submit loan, kawan aku tu suruh aku fight koan 30k!! bila aku tak nak dia memaksa dan bawa aku pergi jumpa kawan2 dia untuk brainwash aku sampai lembik dibuatnya aku, otak aku disuruh aku berfikiran positif sebab masa tu aku dah sangat negatif sebab banyak terbaca artikel pasal ppenipuan bisnes ni,Mereka minta aku rahsiakan benda ni dari mak dan ayah katanya dah berjaya buat income baru bagi tahu Mak ayah.. musykil betul.. tapi masa tu tak fikir lagi akibat dia.

Dalam masa 2 minggu join aku lulus semua loan, bukan satu bank! tapi tiga bank!! banyak betul, yang paling best aku ada bagi tahu kawan aku yang aku nak quick tapi ditahan, masa tu aku tak boleh nak cakap apa sebab kad bank aku semua ada pada dia!! dia call aku ajak jumpa untuk aku saksikan duit 3ok keluar untuk masuk bisnes tu!lepas aku masuk aku dapat barabg yang aku sendiri tak pilih! tetiba jer dah sampai depan rumah, lepas jer aku masuk kawan aku sibuk nak kawin so memang dia tinggal aku macam tu jer.. kawan2 dia tu plak xdelah rapat sangat, tapi bila dah masuk semua macam sangat busy cari partner baru memang masa tu aku rasa kene game! sebab ni bukan bisnes tapi ni MONEY GAME!!!! barang-barang pulak harga rm 600 satu barang.. logik ke harga tu?? dia cakap dia sangat busy ko pergilah cari orang buat teknik yang macam mana aku buat.. Ya Allah bertapa geramnya aku! kata bisnes tak cari orang tapi kenapa sekarang cari orang? awal2 lagi dah putar belit cerita.

Kesan daripada join bisnes MLM Tu aku terus dilanda kemurungan yang teruk sampai aku terpaksa berhenti kerja!! ada seketika aku nak bunuh diri rasa diri nak sewel, sebab aku tanggung hutang yang banyak, sejak tak kerja aku da mampu bayar sampailah rahsia aku pada parents aku terbongkar.. sebab aku selalu stress dan jatuh sakit akhirnya satu family tahu yang aku kene game, aku ada buat report polis tapi polis tak layan sebab kes atas kerelaan aku dan diorang ada resit jual beli dengan syarikat yang berlesen.. aku sedar nasi dah jadi bubur masa tu memang tak boleh buat apa, komitment bayarann bank pula rm1000 sebulan itu belum termasuk kereta aku, so memang gaji aku rm 2k lebih dah tak cukup nak tampung hutang ni… dah nak dekat 100k dengan bunga3 dia! aku memang buntu diam terduduk menangis!! dahla lepas berhenti kerja nak dapat kerja balik susah sangat sampailah aku cuba bangkit akhirnya awal 2015 aku dapat kerja secara kontak selama 8 bulan di sebuah company ni.. masa tu memang kerja gaji untuk bayar hutang, setiap hari bank call minta bayaran sehinggakan aku tak mampu bayar lagi semua hutang2 MLM tu… bertapa stressnya aku dengan gaji yang kecil aku nak bayar hutang2 tu..Tuhan je tahu perasaan aku macam mana! kawan aku dah lari dia pun dah block semua facebook dan no phone aku jadi tinggalla aku seorang diri menanggung hutang!!

Dalam kita susah hanya family jer yang dapat bantu kita bukan orang lain, aku bersyukur aku ada tempat nak pergi dan sekarang ni setiap hari bank call minta semua bayaran tertunggak samapi aku jadi seorang yang paranoid dengan setiap panggilan telefon. Sekarang ni aku menunggu tindakan mahkamah untuk aku bankrupsi.. sebab aku betul2 tak mampu bayar dengan gaji sekecil ni.. baru sekarang aku tahu erti syukur dengan kehidupan yang lama, slah aku juga sebab buat dosa tak cerita perkara ni sebelum terjebak! Jadi adik2 siswazah semua janganlah terjebak dengan money game kelak diri sendiri yang merana, dah macam2 kerja aku buat cari duit extra dari kerja jaga anak orang sampailah ambil upah isi cecair dalam botol, 1 hari 200 – 300 botol dengan bayaran 20 sen 1 botol.. sekarang kereta aku tak mampu bayar tunggu hari kene tarik!

Kawan-kawan aku yang tak terkene money game happy jer hidup diorang, jadi adik2 kalau tak nak rasa azab bertahun- tahun susah janganlah buat sesuatu yang merosakkan masa depan!! kalau betul minat nak buat bisnes mulala dengan bisnes yang modalnya kecil.. insyallah selamat kehidupan adik dari berhutang azab seumur hidup!!! yang penting berhati-hatila dengan siapa yang adik kawan sebab tak semua ada niat yang baik nak berkawan dengan kita..

JAUHKAN DIRI DARI MLM,

sekian terima kasih,
siswazah Malang

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...