Sunday 21 August 2016

, ,

SAMPAI HATI Tomok buat anak dia macam tu..


KUALA LUMPUR: Penyanyi, Tomok, 32, mengambil pendekatan mendedahkan kepentingan menabung kepada anak-anaknya sejak mereka masih kecil. 

Ketika ini, penyanyi yang juga bekas vokalis New Boyz itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Arrianshah Akid (Arrian), 4, dan Andrashah Iman (Andra), setahun. 

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, berkata beliau mahu mendidik dua anaknya agar belajar menyimpan dan menguruskan wang secara bijak selain menjadikannya sebagai tabiat sepanjang hayat.

 "Mungkin ada yang menganggap anak-anak kita terlalu kecil untuk memahami mengenai kewangan, tetapi sebenarnya tidak. "Apabila diajar, mereka akan faham erti berjimat-cermat dan sebab apa kita perlu menyimpan duit. Kalau dilihat masyarakat di Barat, kanak-kanak seawal usia setahun sudah didedahkan dengan ilmu kewangan.

 "Bukan mahu mengatakan duit adalah segala-galanya, tetapi saya mahu ajar mereka menyimpan agar ia dapat digunakan ketika dalam keadaan terdesak," katanya kepada BH Online. 

Tambah Tomok, setakat ini beliau sudah pun membuka akaun bank untuk kedua-dua anaknya itu, termasuk akaun Tabung Haji.

 Kata penyanyi lagu Bagaikan Bidadari itu, pendedahan terbabit bermula selepas isterinya, Rahayu Abas, merancang untuk mendidik anak-anak mereka cara menyimpan wang.


 "Isteri saya yang mula ajar anak-anak, dan sudah semestinya saya sokong apa yang diusahakannya kerana ia adalah untuk kebaikan bersama. Ia juga antara cara untuk membuat persediaan bagi mereka menyambung pengajian pada masa akan datang. "Alhamdulillah, setakat ini anak-anak seronok melakukan aktiviti menabung. Saya percaya, mereka akan lebih faham apabila meningkat dewasa kelak," ujarnya. 



MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

loading...

0 comments:

Post a Comment